Friday, July 26, 2013

10 Kereta Paling Laju Dunia 2013-2014. (Bah 1)

Mari kita lihat 10 kereta paling laju dalam dunia bagi tahun 2013-2014.

Senarai ni pengarang sedut dari thesupercars.org. Apa yang penting mengenai senarai ini ialah kereta-kereta ini boleh dipandu di jalanraya (maksudnya ia bukan konsep atau kereta ubahsuai). Kelajuan maksimum yang tertera ialah kelajuan yang diukur dari pemanduan itu sendiri (bukan setakat teori atau dalam majalah kereta yer!).

Mari kita mula dari belakang, baru rasa macam countdown, heh.

10. Di tempat yang kesepuluh, ada 3 buah kereta. Ketiga-tiga kereta ini mencapai kelajuan 349km/j. 

Jaguar XJ220.

kereta terpantas dunia

0-60 dalam masa 3.8 saat. Guna enjin Twin Turbo V6 dengan 542 hp, harga $650,000. Dibina pada 1992, tapi masih menyengat sampai sekarang!


Ferrari Enzo 

carbon-x pembersih karbon

0-60 dalam masa 3.4 saat. Aluminium F140 sebagai material rangka. Enjin V12 dengan 660 hp, harga $670,000. Hanya 399 buah sahaja yang dikeluarkan; harga semakin mahal apabila ada yang accident!


Pagani Zonda Cinque Roadster

kereta cinque roadster guna carbon-x

0-60 dalam masa 3.4 saat. Menggunakan enjin AMG V12 yang mengeluarkan kuasa 678 hp. Harga sekitar $1,850,000. Kereta Pagani Zonda Cinque Roadstar ni limited edition tau, sebab dia keluarkan 5 buah sahaja. Boleh kata sangat eksotik dan supercar yang terlalu eksklusif.


9. Tempat kesembilan dihuni oleh tiga buah kereta. Kesemuanya mempunyai top speed 354 km/j.

Sebuah kereta yang biasa menjadi inspirasi kepada rappers dekat negara orang putih. Lamborghini Aventador.

kereta paling laju dunia guna carbon-x
Kelajuan maksima Lamborghini Aventador ialah 354km/j, 0-60 dalam masa 2.9 saat. Enjin V12 berkuasa 700 hp. Harga baru $379,700. Menurut Lamborghini, nama Aventador diambil dari seekor lembu laga yang bertarung di Arena Saragossa pada Oktober 1993. Inilah lembu laga yang paling laju!


Kereta kedua pada tempat ke-9 pula ialah Ascari A10. 0-60 dalam 2.8 saat. Menggunakan enjin BMW V8 S62 5.0 liter dengan kuasa 625 hp. Harga $650,000. Syarikatnya bercadang untuk mengeluarkan 50 kereta supercar ini dari kilangnya di Banbury, England.


Kereta ketiga pada tempat ke-9 tidak lain tidak bukan ialah Aston Martin One-77. 0-60 dalam 3.4 saat. Enjin V12 7.3 liter dengan kuasa 750 hp. Berharga $1,850,000. Keluarannya terhad kepada 77 buah sahaja, itu sebabnya namanya One-77. Kecantikan dan kuasa dalam One.

hanya 77 buah dalam dunia. kereta terpantas

Baru tempat kesepuluh dan tempat kesembilan yer. Ada lagi lapan top spot kereta terpantas, paling laju yang tak mampu kita bayangkan. Teruskan countdown.


8. Pertarungan diteruskan ke tempat kelapan. Agak sengit, ada 2 buah kereta yang menghuni tempat kelapan. Kedua-duanya mencatat kelajuan 362 km/j.


Noble M600 adalah salah seorang pemenang bagi tempat ke-8. 0-60 dalam 3.7 saat. Enjin V8 twin-turbocharged 4.4 liter. Harga pun murah, $330,000. Rupa pun nampak seksi. Tak perlu rupa robot, siapa yang pandang mesti tertawan.

kereta paling laju dunia guna carbon-x

Gumpert Apollo datang dengan pakej berikut:
0-60 dalam masa 3.0 saat. Enjin V8 4.2 liter yang mengeluarkan 650 hp. Gumpert menyatakan yang rekabentuknya dicipta sebegini rupa supaya ia dapat dipandu melawan graviti dengan kelajuan 190 mph ke atas. Dan sudah pasti, tak ada siapa yang dah mencuba membuktikannya..

kereta paling laju dunia guna pembersih karbon

7. Zenvo ST1 datang pada tempat ketujuh. 0-60 dalam masa 2.9 saat. Enjin V8 twin-charged 7.0 liter menghasilkan 1,104 hp. Harga $1,225,000. Kereta supercar pertama dari Zenvo Automotive, syarikat kereta sport yang berpangkalan di Denmark. Buatan Denmark sepenuhnya, kereta ini juga edisi terhad, di mana hanya terdapat 15 unit sahaja sepertinya dihasilkan.

kereta terpakai guna carbon-x


6. Tempat keenam kereta paling laju 2013-2014 dihuni oleh kereta McLaren F1. Mencapai kelajuan 386 km/j, 0-60 dalam masa 3.2 saat. Enjin BMW S70/2 60 Degree V12 dengan kuasa 627 hp. Harga sekitar $970,000. Kereta paling laju dalam abad ke-20 dengan rekabentuk pintu seakan-akan menyerupai kepak kelawar. Mungkin Batman patut pesan satu dan warnakannya hitam, kan?

carbon x untuk enjin kereta




Kereta mana pilihan hati anda? Bahagian dua kereta paling laju bagi tahun 2013-2014 akan datang. Akan bersambung..

Saturday, July 13, 2013

Rajah Bergambar Ruang Pembakaran | Carbon-X

carbon-x dan fungsinya terhadap ruang pembakaran
Cerita serba ringkas mengenai ruang pembakaran.

Combustion chamber atau dimelayukan, ruang pembakaran ialah tempat di dalam enjin di mana sumber bahanapi dibakar. 

Gambarajah di sebelah menunjukkan pandangan secara potongan menegak bagi ruang pembakaran.

Perasan atau tak, pengumpulan sisa karbon yang semakin bertambah menjadikan palam pencucuh, injap masuh dan piston semuanya kelihatan berkarat. (Sebenarnya itu bukan karat, itu adalah pengumpulan karbon).

Dan di situlah Carbon-X memainkan peranan. Carbon-X berfungsi untuk sapu bersih semua karbon yang ada dalam ruang pembakaran anda. Pembersihan karbon secara berkala akan menunjukkan kesan positif pada pemanduan anda.

Itulah cerita serba ringkas mengenai ruang pembakaran. Jika anda mahu komen, like atau saja-saja browsing anda boleh lawati facebook page saya di http://fb.me/carbonxmalaysia.

Sekian, terima kasih.

Friday, July 12, 2013

Apakah Karbon dan Implikasinya Terhadap Enjin Kenderaan Anda? | Carbon-X Pembersih Karbon

Anda tahu tak apa fungsi Carbon-X? Seperti yang diulang sebut berkali-kali sebelum ini, Carbon-X ialah pembersih karbon. Pembersih karbon tu bermakna dia membuang lapisan karbon dalam persekitaran enjin. 

Apa pula karbon ni? Apa kesan karbon ni terhadap performance enjin anda?


carbonxmalaysia carbon-x pembersih karbon
Karbon ni merupakan sisa-sisa yang tertinggal dari pembakaran petrol dalam enjin sesebuah kenderaan. Sisa-sisa karbon yang tertinggal ini akan selalunya melekat pada piston, injap dan palam pencucuh. Secara tidak langsung, pembakaran menjadi tidak sempurna dan prestasi enjin akan menurun pada jangka masa panjang.

Kalau nak lagi clear, bayangkan karbon ni macam kolestrol dalam badan. Kolestrol akan terkumpul dalam badan sedikit demi sedikit, menjadi semakin banyak, dan akhirnya berisiko tinggi mendapat angin ahmar dan penyakit-penyakit lain. 

Nak tengok video-video Carbon-X? Sila lawati http://youtube.com/carbonxmalaysia.


Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadan dari Carbon-X

Sempena bulan kesembilan Islam yang baru saja kita sambut semalam, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Semoga Bulan Ramadan kali ini lebih baik dari tahun lepas.

Sambutlah ia dengan bersederhana. Sambutlah bulan ini bagai kekasih yang datang setahun sekali. Jangan berlebih-lebihan dalam berbelanja dan persiapan raya.

Kalau nak balik ke kampung halaman untuk puasa sama-sama dengan family ataupun nak beraya tu, pastikan kenderaan anda diservis dahulu yer. Hantar kereta pergi bengkel kalau nak senang atau tak ada masa. Ingatlah orang yang tersayang.

Kalau nak kereta/kenderaan tu dalam keadaan tiptop, baik guna Carbon-X. Carbon-X boleh membantu mencuci karbon dalam ruang pembakaran enjin anda.

Sedikit renungan dari Ustaz Azhar Idrus.. Apa yang baik, kita share sama-sama. Semoga kita semua beroleh manfaat yang besar dari penyampaian sesama kita, amin.




Kalau dah ready nak try Carbon-X di kereta anda, sila hubungi saya naim 017-3369310.

Harga Carbon-X | Pembersih Karbon Enjin Kereta Anda

Pagi tadi saya ada dapat 1 SMS. SMS tu tanya pada saya, berapa harga Carbon-X ni?

Sekarang kami dalam proses pengenalan, saya boleh bagi harga sebanyak RM 94 sahaja.

Berpatutan ke tak? Dulu masa saya apply benda ni kat kereta saya, saya pun laburkan jumlah yang sama. Semuanya untuk kereta kelisa kesayangan saya tu. Heheh.

Dan sekarang saya berpuas hati dengan prestasi kereta saya tu. Enjin smooth. Lebih pickup dan menderum laju di jalanan. Memang rasa la perubahan tu. Dengan Carbon-X, saya tak perlu pergi bengkel untuk Top Overhaul lagi.

Jimat kos, jimat masa dengan pembersih karbon anda Carbon-X!


Kereta kelisa
Ini kereta saya. Sebelum guna Carbon-X aritu, dia sempat eksiden. Hahaha.





Kalau anda nak performance kereta anda bertambah baik, saya sarankan anda guna Carbon-X. Pelaburan yang kecil untuk kereta kesayangan anda (macam yang dah saya buat, heh). Harga yang murah, nilai yang besar.

Sila hubungi 0173369310 (naim).

Saturday, July 6, 2013

Pengenalan Kepada Page Facebook Kami | CarbonXMalaysia

carbon-x pembersih karbon
Page Carbon-X Malaysia


Kami baru sahaja melancarkan page baru di Facebook iaitu Carbon-X Malaysia.

Kalau anda ada kaki FB, sila-silalah jemput masuk ke page kami yang tak seberapa ini. Kalau ada sebarang komen, testimoni atau apa-apa yang anda ingin tahu pasal Carbon-X, sila komen di Facebook kami.

Dalam perancangan kami, kami akan meletakkan perkara-perkara berkenaan Carbon-X dan perkembangan terbaru produk ini. Dalam rancangan nak letak video dan gambar-gambar berkaitan. Happy surfing.

Klik sini untuk pergi ke page FB kami.

Tips Jimat Minyak Petrol (Bahagian 2)

Kita sambung tips untuk jimat petrol yer.

carbon x pencuci karbon
Kena guna gear secara berhemah tu.
 
  • Kurangkan kelajuan.

    Kalau kita pandu kereta laju-laju, penggunaan minyak pun menjadi semakin laju. Jadi sebelum speeding, sila fikir-fikir la ye. Pandulah dengan kelajuan yang sederhana. Biarlah lambat, asalkan selamat. 

  • Guna gear kereta secara berhemah.

    Kalau anda pengguna kereta manual, sila ambil perhatian terhadap maklumat ini. Gunakan gear tinggi jika kelajuan tinggi. Gunakan gear rendah bila kelajuan rendah. Ia akan mengurangkan tekanan terhadap enjin anda.

  • Bersihkan kereta anda.

    Apa pentingnya bersihkan kereta ni? Kalau luaran kereta anda berkilat, ia sudah pasti akan menarik perhatian orang sekeliling. Tapi, kalau persekitaran dalaman anda "luas", buang keluar barang-barang yang tak digunakan, ia akan membantu menjimatkan petrol. Tambahan sebanyak 50kg akan menambah penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

  • Kekalkan prestasi enjin anda.

    Periksa minyak enjin, brek tangan dan juga clutch anda. Kalau anda rasa anda terlalu sibuk atau tak mampu (tak reti), sila cari bengkel kereta terdekat untuk pemeriksaan berkala. Ia akan membantu dalam pemanduan berkualiti serta secara tak langsung dapat menjimatkan peggunaan petrol anda.

    • Kalau anda berminat untuk tahu bagaimana Carbon-X boleh menjaga prestasi enjin anda, sila hubungi saya naim di 017-3369310 Sekian. Selamat mencuba!