Mari kita lihat 10 kereta paling laju dalam dunia bagi tahun 2013-2014.
Senarai ni pengarang sedut dari thesupercars.org. Apa yang penting mengenai senarai ini ialah kereta-kereta ini boleh dipandu di jalanraya (maksudnya ia bukan konsep atau kereta ubahsuai). Kelajuan maksimum yang tertera ialah kelajuan yang diukur dari pemanduan itu sendiri (bukan setakat teori atau dalam majalah kereta yer!).
Mari kita mula dari belakang, baru rasa macam countdown, heh.
10. Di tempat yang kesepuluh, ada 3 buah kereta. Ketiga-tiga kereta ini mencapai kelajuan 349km/j.
0-60 dalam masa 3.8 saat. Guna enjin Twin Turbo V6 dengan 542 hp, harga $650,000. Dibina pada 1992, tapi masih menyengat sampai sekarang!
Ferrari Enzo
0-60 dalam masa 3.4 saat. Aluminium F140 sebagai material rangka. Enjin V12 dengan 660 hp, harga $670,000. Hanya 399 buah sahaja yang dikeluarkan; harga semakin mahal apabila ada yang accident!
0-60 dalam masa 3.4 saat. Aluminium F140 sebagai material rangka. Enjin V12 dengan 660 hp, harga $670,000. Hanya 399 buah sahaja yang dikeluarkan; harga semakin mahal apabila ada yang accident!
Pagani Zonda Cinque Roadster
0-60 dalam masa 3.4 saat. Menggunakan enjin AMG V12 yang mengeluarkan kuasa 678 hp. Harga sekitar $1,850,000. Kereta Pagani Zonda Cinque Roadstar ni limited edition tau, sebab dia keluarkan 5 buah sahaja. Boleh kata sangat eksotik dan supercar yang terlalu eksklusif.
0-60 dalam masa 3.4 saat. Menggunakan enjin AMG V12 yang mengeluarkan kuasa 678 hp. Harga sekitar $1,850,000. Kereta Pagani Zonda Cinque Roadstar ni limited edition tau, sebab dia keluarkan 5 buah sahaja. Boleh kata sangat eksotik dan supercar yang terlalu eksklusif.
9. Tempat kesembilan dihuni oleh tiga buah kereta. Kesemuanya mempunyai top speed 354 km/j.
Sebuah kereta yang biasa menjadi inspirasi kepada rappers dekat negara orang putih. Lamborghini Aventador.
Kelajuan maksima Lamborghini Aventador ialah 354km/j, 0-60 dalam masa 2.9 saat. Enjin V12 berkuasa 700 hp. Harga baru $379,700. Menurut Lamborghini, nama Aventador diambil dari seekor lembu laga yang bertarung di Arena Saragossa pada Oktober 1993. Inilah lembu laga yang paling laju!
Kereta kedua pada tempat ke-9 pula ialah Ascari A10. 0-60 dalam 2.8 saat. Menggunakan enjin BMW V8 S62 5.0 liter dengan kuasa 625 hp. Harga $650,000. Syarikatnya bercadang untuk mengeluarkan 50 kereta supercar ini dari kilangnya di Banbury, England.
Kereta ketiga pada tempat ke-9 tidak lain tidak bukan ialah Aston Martin One-77. 0-60 dalam 3.4 saat. Enjin V12 7.3 liter dengan kuasa 750 hp. Berharga $1,850,000. Keluarannya terhad kepada 77 buah sahaja, itu sebabnya namanya One-77. Kecantikan dan kuasa dalam One.
Baru tempat kesepuluh dan tempat kesembilan yer. Ada lagi lapan top spot kereta terpantas, paling laju yang tak mampu kita bayangkan. Teruskan countdown.
8. Pertarungan diteruskan ke tempat kelapan. Agak sengit, ada 2 buah kereta yang menghuni tempat kelapan. Kedua-duanya mencatat kelajuan 362 km/j.
Noble M600 adalah salah seorang pemenang bagi tempat ke-8. 0-60 dalam 3.7 saat. Enjin V8 twin-turbocharged 4.4 liter. Harga pun murah, $330,000. Rupa pun nampak seksi. Tak perlu rupa robot, siapa yang pandang mesti tertawan.
Gumpert Apollo datang dengan pakej berikut:
0-60 dalam masa 3.0 saat. Enjin V8 4.2 liter yang mengeluarkan 650 hp. Gumpert menyatakan yang rekabentuknya dicipta sebegini rupa supaya ia dapat dipandu melawan graviti dengan kelajuan 190 mph ke atas. Dan sudah pasti, tak ada siapa yang dah mencuba membuktikannya..
7. Zenvo ST1 datang pada tempat ketujuh. 0-60 dalam masa 2.9 saat. Enjin V8 twin-charged 7.0 liter menghasilkan 1,104 hp. Harga $1,225,000. Kereta supercar pertama dari Zenvo Automotive, syarikat kereta sport yang berpangkalan di Denmark. Buatan Denmark sepenuhnya, kereta ini juga edisi terhad, di mana hanya terdapat 15 unit sahaja sepertinya dihasilkan.
6. Tempat keenam kereta paling laju 2013-2014 dihuni oleh kereta McLaren F1. Mencapai kelajuan 386 km/j, 0-60 dalam masa 3.2 saat. Enjin BMW S70/2 60 Degree V12 dengan kuasa 627 hp. Harga sekitar $970,000. Kereta paling laju dalam abad ke-20 dengan rekabentuk pintu seakan-akan menyerupai kepak kelawar. Mungkin Batman patut pesan satu dan warnakannya hitam, kan?
Kereta mana pilihan hati anda? Bahagian dua kereta paling laju bagi tahun 2013-2014 akan datang. Akan bersambung..
No comments:
Post a Comment