Tuesday, June 25, 2013

Pengenalan Carbon-X | Kenapa Carbon-X?

Apa produk Carbon-X ni?
Produk berasaskan hidrokarbon yang berfungsi untuk mencuci bersih sisa karbon dalam combustion chamber kenderaan anda. Produk ini selamat untuk digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan API (American Petroleum Institute). Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan SIRIM QAS. Maka, anda telah pun mendapat jaminan dari badan piawaian tertinggi di Amerika Syarikat dan juga dari negara Malaysia.

Kereta yang macam mana perlu gunakan Carbon-X ni?
Mari kita perhatikan kriteria-kriteria kereta yang patut gunakan Carbon-X ni. Yang utama sekali, Mileage kereta kita dah lebih 28,000 km. Ini disebabkan oleh pengumpulan karbon yang banyak di dalam combustion chamber (ruang pembakaran) sudah pun terjadi.

Seterusnya, kereta yang mengalami gegaran yang kuat apabila enjin dihidupkan. Pernah tak kalau kita berhenti bila traffic light warna merah, kita turunkan tingkap dan cuba dengar bunyi enjin kereta kita sendiri. Cuba bandingkan dengan kereta-kereta lain. Kalau bunyi enjin kita kuat, itu maknanya enjin kita sudah mengumpul banyak mendapan karbon di combustion chamber.

Lagi satu yang paling mudah dikesan, pedal minyak yang terasa 'berat'. Kalau anda ingat perasaan memandu kereta baru, mesti anda tak rasa bila kita pijak pedal. Tapi sekarang, mungkin anda kena pijak pedal dengan lebih tenaga untuk kelajuan yang sama macam masa mula-mula beli kereta dulu.

Kalau dah pedal pun rasa berat, mesti anda perasan pick up kereta anda pun kurang 'power', tak macam dulu. Secara ringkasnya, itulah 3 faktor utama kenapa anda kena guna produk Carbon-X ni.


Amaran keras: Carbon-X bukanlah produk untuk jimat minyak petrol, sebaliknya Carbon-X berfungsi sebagai pencuci karbon dalam combustion chamber anda. Selepas penggunaannya, enjin anda akan bertambah responsif dan lebih efektif dalam pembakaran petrol. Maka, hasil akhirnya ialah penggunaan petrol secara optimum dan jimat petrol pada masa yang sama. Itulah kesan secara tak langsung yang akan diperoleh dari penggunaan Carbon-X. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment