Tuesday, June 25, 2013

Tips Jimat Minyak Petrol (Bahagian 1)

Selamat pagi. Masa saya buat post ni, pukul 8.18 am, heheh. Kepada yang Islam, Assalamualaikum saya ucapkan.

Dah baca tajuk?

Ok, sekarang kita teruskan dengan agenda kita. Agenda apa? Agenda bagaimana untuk menjimatkan penggunaan petrol dalam kehidupan seharian kita.

Dalam kehidupan sehari-hari kita, kebanyakannya perlukan kenderaan. Nak pergi pasar pagi, nak pergi masjid, nak hantar anak pergi sekolah, nak pergi kerja dan _________ (kira banyak lagi la tu).

Tapi pernahkah kita terfikir. Berapa banyak kita bayar untuk petrol selama sebulan? Berapa banyak wang yang kita belanjakan HANYA untuk penggunaan petrol sahaja?

Kalau yang suka buat kira-kira setiap bulan pada perbelanjaannya, mesti dia akan ambil tahu kos petrolnya sebab mungkin kos petrol sahaja dah ambil 10% dari pendapatannya selama sebulan.

Maka, lepas buat kira-kira tu, barulah kita tau. "Ah! Banyaknya aku belanja kat petrol!". "Aduh, ke sini rupanya duit aku tiap-tiap bulan!". Dan macam-macam lagilah.

Kita sebagai manusia, akan mencari sesuatu untuk dipersalahkan. "Ni sebab harga minyak mahal la ni". "Ni sebab kawan aku la ni. Pinjam kereta aku tiap minggu bawak awek dia pergi dating. Tapi minyak isi 5 hengget jer.". "Sebab kereta ni dah buruk. Kuat makan minyak ni!"

Cukuplah dengan macam-macam alasan.

Tajuk seterusnya: Bagaimana untuk tidak menyalahkan orang/benda lain? Cari penyelesaiannya. Belajar la cara nak jimat minyak kenderaan anda sendiri. Kalau kereta anda guna petrol, kita belajar cara jimat minyak petrol, kalau anda guna lori sudah semestinya anda guna diesel, jadi belajar la cara jimat diesel. Tapi sebenarnya, dua-dua tu lebih kurang serupa jer. Tak ada perbezaan ketara pun.

Bagaimana untuk jimat minyak petrol atau diesel untuk kenderaan kesayangan anda?

cara nak jimat minyak petrol kereta
Periksa secara berkala kalau nak jimat petrol
  • Periksa tekanan tayar

    Jangankan nak periksa tekanan tayar, kadang-kadang ramai orang tak tahu macamana nak isi angin tayar. Jeng jeng jeng!! Lebih-lebih lagi kaum Hawa (no offence yer!).

    Kepada hero-hero luar sana, anda bertanggungjawab untuk mengajar suri-suri anda untuk mengisi tayar kereta/motor. Kerana ia mudah dan memberi kesan secara tak langsung kepada penjimatan petrol.

    Secara faktanya, tayar yang kurang tekanan udara akan menghasilkan rolling resistance (rintangan ketika berpusing).

  • Pandu/tunggang secara santai

    Tempat yang nak ditujui tak akan lari ke mana. Takut-takut nyawa anda ATAU orang lain yang melayang ke kampung halaman.

    Jangan pijak pedal ikut geram. Jangan nak berlumba dengan kura-kura di jalanan, nanti kita (arnab) kalah. Jangan naik bukit (bonggol) dengan kelajuan tinggi. Jangan langgar lampu merah. Jangan tekan brek macam lumba kat F1.

    Rumusannya di sini, minyak dan brek kedua-duanya perlu digunakan dengan berhemah. Jangan tekan minyak secara memb@bi buta. Jangan tekan brek dengan sesedap rasa. Takut kena sondol oleh seekor #@*^ di belakang..
  • Kalau nak letak (parkir) kereta, letak kereta dalam teduh.

    Mungkin juga boleh guna kat motor. Letak kereta dalam teduh sebab kita beri masa kepada kenderaan kita untuk sejuk bawah teduh.

    Tapi mesti ramai orang tak boleh buat kan? Sebab parking VIP saja kebanyakannya ada bumbung. Just joking. Tak, serius ni! Cuba la pergi pejabat pos. Staf jer ada tempat letak kereta berbumbung. Heh.
Tamat sudah bahagian 1 untuk tips jimat minyak petrol cara Carbon-X. Untuk bahagian seterusnya, tunggu esok yer! Akan bersambung..


Kalau anda nak jimat petrol dan pada masa yang sama nak enjin anda berfungsi  macam kereta baru, dapatkan Carbon-X. Carbon-X berfungsi untuk membersihkan karbon dalam enjin anda. Hubungi penulis untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment