5. Pada tempat kelima kita ada Koenigsegg CCX. Nama dia memang susah nak sebut, mungkin sebab negara asal dia pun dari Sweden. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai 394 km/j, 0-60 dalam 3.2 saat. Enjin 90 Degree V8 menjana kuasa 806 hp, harga $545,568. Kereta ini merupakan abang kepada Agera R yang menduduki tangga kedua dalam senarai kita ni.
4. Ada macam rupa Ferrari, tapi bukan. Itulah dia pencabar keempat kita: Saleen S7 Twin-Turbo. Berkelajuan maksimum 399 km/j, 0-60 dalam 2.8 saat. Dilengkapi dengan enjin Twin Turbo All Aluminium V8 berkuasa 750 hp, dan berharga $550,000. Memang nampak gempak kan? Cuba bayangkan kalau dapat bawak sekali dalam seumur hidup?
Untuk tempat ketiga, kita ada 2 pencabar.
3. Menduduki tempat ketiga, 9ff GT9-R berkelajuan maksimum 413 km/j, 0-60 dalam 2.9 saat. Menggunakan enjin 4.0 Liter flat-6 Twin-Turbo dengan kuasa 1120 hp, datang dalam pakej $695,000. Memang dicipta mirip-mirip Porsche 911, versi 9ff GT9-R 1120 hp ini terhad kepada 20 unit sahaja dan rupa luaran mungkin akan diubahsuai mengikut citarasa pemiliknya.

SSC Ultimate Aero juga mencatatkan kelajuan 413 km/j, 0-60 dalam 2.7 saat. Menggunakan enjin Twin-Turbo V8 berkuasa 1183 hp, berharga $654,000. Diuji Guinness World Records pada Mac 2007, SSC Ultimate Aero merupakan kereta paling laju dari Mac 2007 hingga Julai 2010. Pada Mac 2011, Koenigsegg Agera R pun melepasinya, menjadikan kereta Amerika ini menduduki tempat ketiga. Shelby SuperCars akan meneruskan usahanya untuk kembali mendominasi gelaran kereta paling laju, dan mungkin SSC Tuatura yang baru akan melunaskan impian tersebut (kita hanya perlu tunggu dan lihat).
Untuk tempat kedua, perebutan dua penjuru dapat kita saksikan. Kedua-duanya mencapai kelajuan 419 km/j.
Koenigsegg Agera R mencatatkan 0-60 dalam 2.9 saat. Enjin 5.0 liter V8 dengan twin turbo, menghasilkan 1099 hp dan berharga $1.6 juta. Kereta ini boleh digunakan ketika musim salji, Agera R boleh dipasangkan dengan tayar salji. Kelajuan teori Agera R memang power, tapi yang telah terbukti buat masa ini hanyalah 419 km/j.

Berkongsi tempat kedua dengan Agera R, Hennessey Venom GT boleh capai 0-60 dalam 2.5 saat, menggunakan enjin 6.2-liter LS9 Turbocharged V8 Twin Turbo menghasilkan 1200 hp, berharga $950,000. Belum diuji dan dibuktikan lagi, tapi Venom GT berkemungkinan boleh capai 442 km/j. Mungkin inilah pencabar utama kereta paling laju kita suatu hari nanti.
Seperti yang dijanjikan, terimalah! Kereta paling laju bagi tahun 2013-2014..
Bugatti Veyron Super Sport: Mencapai kelajuan 429 km/j, 0-60 dalam masa 2.4 saat. Enjin Aluminum, Narrow Angle 8 Liter W16 dengan kuasa 1200 hp, berharga $2.4 juta. Walaupun Bugatti Veyron kalah kepada SSC Ultimate Aero pada Mac 2007, Bugatti mencabar rekod itu di Jerman pada 10 Julai 2010 dengan versi Super Sport dan Bugatti Veyron kembali menduduki tangga tertinggi bagi kereta paling laju dunia pada kelajuan 429 km/j. Bugatti Veyron asal hanya boleh capai 407 km/j, berharga $1.7 juta dengan kuasa 1001 hp.

Ingin tingkatkan prestasi enjin anda? Gunalah Carbon-x untuk membersihkan karbon dalam enjin kenderaan anda. Untuk dapatkan Carbon-x dengan harga yang berpatutan, sila hubungi 017-3369310 (naim).